Kebakaran Kediaman Keluarga Safuan Rahmad
Pada 14 Ogos (23 Syaaban 1430) lalu, rumah kediaman Safuan Rahmad (Exco Keusahawanan & Kerjaya) sekeluarga musnah akibat kebakaran. Kejadian tersebut berpunca dari sambaran kilat. Menurut ibunya, tiada apa alatan atau barangan yang dapat diselamatkan daripada kebakaran yang terjadi pada waktu petang itu. Mereka sekeluarga amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Saudara Safuan, bolehlah berhubung terus dengan beliau atau mana-mana wakil mpp. Bersamalah kita menderma kepada yang memerlukan, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Dari Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah) .
HINDARI WABAK INFLUENZA A (H1N1)
- Pastikan anda sentiasa sihat
- Sentiasa membasuh tangan anda
- Elakkan berada di tempat awam
- Gunakan penutup muka (face mask) bila perlu
Tidak Mudah Memperjuangkan Islam

Engkau kata hendak mencari keredhaan Tuhan,
Engkau mengaku hendak menegakkan syariatNya,
Tapi bila diuji tidak sabar dan tidak tahan,
Ketentuan Tuhan tidak pula redha menerimaNya…
Engkau berkata hendak memperjuangkan hak Tuhan,
Tapi setiap kerja yang engkau buat minta pujian,
Memang pujian itulah yang engkau cita-citakan,
Pujian itulah sebenarnya perjuangan engkau…
Engkau bercerita hendak membuat kerja-kerja Tuhan,
Tapi dapat nikmat tidak diagih-agih,
Di mana syukurnya engkau kepada Tuhan,
Dapat nikmat lupa kawan…
Engkau mengaku hendak memperjuangkan Islam,
Tapi bercakap mengata dan mengumpat orang,
Sepatutnya engkau perjuangkan kasih sayang,
Kenyataannya engkau memecahkan perpaduan,
Sahabat! Bercakap mudah, mengotakan susah,
Menyebutkan senang, mengamalkan dalam kehidupan payah,
Sedarlah, insaflah teman,
Memperjuangkan Islam tidak semudah yang dicakapkan…

The Malaysia Book of Records


C- Fest 7 USIM 2009 akan menganjurkan ACARA MENGARANG ESEI BAHASA ARAB PALING RAMAI
TARIKH : 29 JULAI 2009
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : DKP 3 & DKP 4
- Penyertaan terbuka kepada seluruh mahasiswa/i
- Minimum 200 patah perkataan
- Tiada yuran dikenakan
- Makanan disediakan
- Sijil penyertaan disediakan
Penyertaan dibuka sekarang…! Jangan lepaskan peluang…! Anda boleh mendaftarkan diri pada mana-mana ahli MPP atau AJK program.
Para mahasiswa/i USIM amat dialu-alukan untuk menyertai acara ini bagi merealisasikannya… ANDA lah yang akan menentukan samada impian ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya..
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Muhamad Safuan Rahmad – 014-8437605
Mohd Amirul Hanif Nawawi - 013-2167179
Perkhidmatan Perpustakaan USIM Bermula 7 Julai 2009
HARAP MAKLUM.
Pelekat Kenderaan Percuma
DIMAKLUMKAN BAHAWA PELEKAT KENDERAAN BAGI SESI 2009/2010 AKAN MULA DIEDARKAN BERMULA 1 JULAI 2009 DI PEJABAT KESELAMATAN. PERMOHONAN UNTUK KALI PERTAMA ADALAH PERCUMA MANAKALA BAYARAN RM2 DIKENAKAN BAGI PERMOHONAN YANG SETERUSNYA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, TUAN/PUAN BOLEH MEMOHON DENGAN MENGGUNAKAN BORANG SEPERTI YANG DILAMPIRKAN.
TERIMA KASIH
Program Home Stay dan 17th CCEM
Pada 9hb Jun 2009, 3 wakil USIM telah dihantar untuk menyertai program Homestay yang diadakan di Kg. Sg. Rambai & 17th Conference of Commonwealth Education Ministers di KLCC. Kedua-dua program tersebut berlangsung selama 11 hari bermula 9 Jun sehingga 19 Jun 2009.
Program tersebut disertai oleh para delegasi dari negara-negara Komanwel. Antaranya dari Kenya, Le Sotho, India, Gambia, Uganda dan UK. 17th CCEM melibatkan 4 forum: Youth Forum, Teachers Forum, Vice Chancellor Forum & Stake Holder Forum.
Seramai lebih kurang 11o orang (youth forum) terlibat dalam program “Home Stay” yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka, Sekretariat Komanwel, KPT dan penduduk Kg. Sg. Rambai. Di sana, para delegasi dipecahkan kepada beberapa keluarga angkat. Melalui pemecahan ini, mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, terutama mengenai budaya masing-masing.



Bermacam-macam kisah berlaku di sini…. dan pada hari ketiga, perjalanan program diteruskan ke Taman Mini Malaysia & Asean (TMMA). Pelbagai budaya yang wujud di Malaysia ditonjolkan di TMMA khas buat para delegasi.


Pada 14hb-19hb Jun, program dijalankan di KL Convention Centre. Di situlah keempat-empat forum diadakan. Beberapa topik telah dibincangkan melalui forum-forum tersebut terutamanya mengenai sistem pengajian di negara-negara Komanwel.
Majlis Pembukaan bagi Youth Forum dirasmikan oleh Y.B Dato’ Shabery Cheek. Manakala untuk Majlis Pembukaan untuk keseluruhan 17th CCEM dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.



Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan dengan lancar, tetapi perlu dinilai semula kerana terdapat beberapa perkara yang harus diketengahkan. Apa yang diharapkan dari program ini adalah tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berwajib di atas cadangan-cadangan yang diutarakan.
Apa Komen Anda?
Bismillah.
Hari ini pelbagai isu dapat kita lihat didada-dada akhbar. Di kesempatan ini, marilah sama-sama kita adakan perbincangan maya melalui ‘maya’ ini.
Antara isu yang sedang berlaku dan saya kira perlu pandangan daripada golongan cendiakawan di kampus iaitu MAHASISWA.
Cadangan penetapan 10 subjek untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan subjek Bahasa Inggeris syarat lulus untuk mendapatkan SPM.
Apa komen anda?











