Program Home Stay dan 17th CCEM
Pada 9hb Jun 2009, 3 wakil USIM telah dihantar untuk menyertai program Homestay yang diadakan di Kg. Sg. Rambai & 17th Conference of Commonwealth Education Ministers di KLCC. Kedua-dua program tersebut berlangsung selama 11 hari bermula 9 Jun sehingga 19 Jun 2009.
Program tersebut disertai oleh para delegasi dari negara-negara Komanwel. Antaranya dari Kenya, Le Sotho, India, Gambia, Uganda dan UK. 17th CCEM melibatkan 4 forum: Youth Forum, Teachers Forum, Vice Chancellor Forum & Stake Holder Forum.
Seramai lebih kurang 11o orang (youth forum) terlibat dalam program “Home Stay” yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka, Sekretariat Komanwel, KPT dan penduduk Kg. Sg. Rambai. Di sana, para delegasi dipecahkan kepada beberapa keluarga angkat. Melalui pemecahan ini, mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, terutama mengenai budaya masing-masing.



Bermacam-macam kisah berlaku di sini…. dan pada hari ketiga, perjalanan program diteruskan ke Taman Mini Malaysia & Asean (TMMA). Pelbagai budaya yang wujud di Malaysia ditonjolkan di TMMA khas buat para delegasi.


Pada 14hb-19hb Jun, program dijalankan di KL Convention Centre. Di situlah keempat-empat forum diadakan. Beberapa topik telah dibincangkan melalui forum-forum tersebut terutamanya mengenai sistem pengajian di negara-negara Komanwel.
Majlis Pembukaan bagi Youth Forum dirasmikan oleh Y.B Dato’ Shabery Cheek. Manakala untuk Majlis Pembukaan untuk keseluruhan 17th CCEM dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.



Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan dengan lancar, tetapi perlu dinilai semula kerana terdapat beberapa perkara yang harus diketengahkan. Apa yang diharapkan dari program ini adalah tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berwajib di atas cadangan-cadangan yang diutarakan.