Kebakaran Kediaman Keluarga Safuan Rahmad
Pada 14 Ogos (23 Syaaban 1430) lalu, rumah kediaman Safuan Rahmad (Exco Keusahawanan & Kerjaya) sekeluarga musnah akibat kebakaran. Kejadian tersebut berpunca dari sambaran kilat. Menurut ibunya, tiada apa alatan atau barangan yang dapat diselamatkan daripada kebakaran yang terjadi pada waktu petang itu. Mereka sekeluarga amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Saudara Safuan, bolehlah berhubung terus dengan beliau atau mana-mana wakil mpp. Bersamalah kita menderma kepada yang memerlukan, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Dari Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah) .








