Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Archive for May 2009

Kolej Kediaman Cempaka Court

with 3 comments

sila klik Hari-hari yang indah untuk maklumat tinjauan di Cempaka Court…..

Written by e-Wartawan MPP

25/05/2009 at 5:22 PM

Posted in Makluman

Taaruf Tamhidi 2009/2010

with one comment

Seramai lebih kurang 450 pelajar telah mendaftarkan diri di USIM dlm program Tamhidi pada sabtu lalu…

>>> Tamhidi USIM, Menakjubkan!

Written by e-Wartawan MPP

25/05/2009 at 4:58 PM

Posted in Makluman

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH…

with 2 comments

Mesti korang pernah dengar…

keldai
Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang keldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai. Ada di antara mereka berkata “Ini kes aniaya. Keldai tu dah le kecik. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Takde peri kemanusiaan langsung”.  

Si bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai. Si bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orang ramai. Sekali lagi ada yang komen, “Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai. Bapaknya dibiarkan berjalan kaki.”  

Si anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan “Bapa takde otak, dia sedap naik keldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan.”  

Mendengar komen itu, si bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Keldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen “Apalah bodohnya orang tua ni. Ada keldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa keldai!”  

Mendengar kata-kata ini, si bapa pun memberitahu anaknya. “Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka..”  

Written by e-Wartawan MPP

23/05/2009 at 4:06 PM

Posted in Tazkirah

RIAK jadikan amalan seperti debu berterbangan

leave a comment »

riak

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.    

 
Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud ”Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan “Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah.”

Dibawakan hadis ini kerana terdapat segelintir daripada kita yang berasa hebat dan bangga sehingga mengecil-ngecilkan orang lain disebabkan dia dapat menguruskan sesuatu program/majlis atau sebagainya dengan baik berbanding orang lain. Secara umumnya, ini ditujukan untuk semua moga dapat menjadi ingatan diri. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita sebelum kita dihisab kelak. Wallahua’lam….

 

Written by e-Wartawan MPP

23/05/2009 at 3:34 PM

Posted in Tazkirah

Program Taaruf Tamhidi sesi 2009/2010

leave a comment »

Sabtu (23hb Mei 09) dan Ahad (24hb Mei 09) merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar baru yang bakal mendaftarkan diri sebagai pelajar tamhidi USIM sesi 09/10.

Seramai 700 pelajar dianggarkan bakal menjadi warga USIM dalam program tersebut…
Semoga perjalanan program pada Sabtu dan Ahad ini lancar seperti yang dirancangkan….

Kami mengucapkan Selamat Datang kepada kalian semua dengan harapan moga dapat membiasakan diri dengan keadaan kampus USIM dan selamat berjuang..

Written by e-Wartawan MPP

22/05/2009 at 9:45 AM

Posted in Aktiviti

Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Kali ke-3

with 2 comments

Bermula pada 15hb Mei 2009 lepas, satu majlis konvensyen telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Konvensyen kali ke-3 tersebut merupakan anjuran UTHM & Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor (HEPA) IPTA, dengan kerjasama KPT.

Ia dilihat sebagai satu medium penting bagi mewujudkan jaringan pemimpin-pemimpin pelajar di seluruh Malaysia bagi bertemu dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu terutamanya yang meliputi kepimpinan, pengurusan dan kebajikan pelajar.

Ia berlangsung selama 5 hari 5 malam, dengan menyediakan beberapa slot yang agak tidak terlalu padat.

 

HARI PERTAMA (15 MEI 2009/JUMAAT)

konvensyen

Kami bertolak dari Kolej Kediaman pada pukul 9.45pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih untuk sampai 

ke UTHM. Setibanya kami di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (di UTHM) pada pukul 1.30 ptg, kami diminta untuk mendaftarkan diri dan dijamu dengan hidangan tghhari.

Slot pertama bermula dengan ucapan aluan oleh Prof. Ir. Dr. Amir Hashim b. Mohd Kassim, selaku TNC HEPA UTHM, pada pukul 3.30 ptg. Pd sebelah petangnya diisi dengan acara rekreasi dan bebas.

senamsepak

Sesi bersama KPT pula dimulakan pada jam 2045 di dewan utama UTHM. Sebelum sesi itu dimulakan, wakil dari Dale Carnegie Training Malaysia telah mengambil sedikit ruang bagi menyampaikan motivasi untuk mahasiswa. Mereka menenkankan tentang beberapa skill yang perlu ada bagi setiap individu, lebih-lebih lagi buat mahasiswa. 

Lebih lanjut mengenai Dale Carnegie Training : http://www.malaysia.dalecarnegie.com/about_us.jsp

mkn sblum g dewan utamaakalamakan

 

Read the rest of this entry »

Written by e-Wartawan MPP

19/05/2009 at 4:23 PM

Posted in Aktiviti

Team Building MPP USIM 08/09

leave a comment »

Beberapa hari sahaja selepas berakhirnya musim final exam ataupun dikenali sebagai musim study ‘luarbiasa’, Majlis Perwakilan Pelajar USIM telah menganjurkan satu program Team Building MPP USIM sesi 08/09 yang diadakan di Kem Lambaian Danau, Kg. Chinchin, Jasin, Melaka….pada 8 – 10 Mei 2009.

Program tersebut disertai oleh seramai 73 orang yang terdiri daripada Ahli MPP dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPP. Pelbagai nilai-nilai murni telah diterapkan kepada peserta-peserta program. Antaranya konsep bekerjasama dan kerja berpasukan yang padu dalam memacu ke arah kejayaan dalam sesebuah organisasi.

Dalam program itu, setiap peserta terpaksa melalui “Mudway Lagoon” yang memberi peluang untuk merasai kesedapan “Cappucino” dan beberapa lagi aktiviti lain seperti lori ikan, tepi tepi tepi, gajah kelapa monyet, mafia & orang kampung, OTOS, jaring elektrik dan najibSay, namun ia memberi kesan yang baik dan meninggalkan memori yang indah buat semua. InsyaALLAH…

Hidangan untuk santapan rohani juga telah disediakan bagi mengingatkan diri agar tidak terlupa tentang keberadaan kita di muka bumi yang mana nikmatnya hanya dipinjamkan untuk kita buat sementara.

Amat diharapkan agar segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan ketika program tersebut bukan hanya didengar, tapi dipraktik & diamalkan dalam gerak kerja kita dan kehidupan seharian.

Wallahua’lam….

Written by e-Wartawan MPP

13/05/2009 at 11:28 PM

Posted in Aktiviti