Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Archive for July 2009

Tidak Mudah Memperjuangkan Islam

leave a comment »

perjuangan

Engkau kata hendak mencari keredhaan Tuhan,
Engkau mengaku hendak menegakkan syariatNya,

Tapi bila diuji tidak sabar dan tidak tahan,
Ketentuan Tuhan tidak pula redha menerimaNya…

Engkau berkata hendak memperjuangkan hak Tuhan,
Tapi setiap kerja yang engkau buat minta pujian,

Memang pujian itulah yang engkau cita-citakan,
Pujian itulah sebenarnya perjuangan engkau…

Engkau bercerita hendak membuat kerja-kerja Tuhan,
Tapi dapat nikmat tidak diagih-agih,

Di mana syukurnya engkau kepada Tuhan,
Dapat nikmat lupa kawan…

Engkau mengaku hendak memperjuangkan Islam,
Tapi bercakap mengata dan mengumpat orang,

Sepatutnya engkau perjuangkan kasih sayang,
Kenyataannya engkau memecahkan perpaduan,

Sahabat! Bercakap mudah, mengotakan susah,
Menyebutkan senang, mengamalkan dalam kehidupan payah,

Sedarlah, insaflah teman,
Memperjuangkan Islam tidak semudah yang dicakapkan…

perjuangan_islam

Written by e-Wartawan MPP

23/07/2009 at 3:26 AM

Posted in Tazkirah

The Malaysia Book of Records

with 2 comments

c-fest7MBR

C- Fest 7 USIM 2009 akan menganjurkan ACARA MENGARANG ESEI BAHASA ARAB PALING RAMAI

TARIKH   :   29 JULAI 2009
MASA      :   1.30 PETANG
TEMPAT  :   DKP 3 & DKP 4

  • Penyertaan terbuka kepada seluruh mahasiswa/i
  • Minimum 200 patah perkataan
  • Tiada yuran dikenakan
  • Makanan disediakan
  • Sijil penyertaan disediakan

Penyertaan dibuka sekarang…!  Jangan lepaskan peluang…! Anda boleh mendaftarkan diri pada mana-mana ahli MPP atau AJK program.

Para mahasiswa/i USIM amat dialu-alukan untuk menyertai acara ini bagi merealisasikannya… ANDA lah yang akan menentukan samada impian ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya..

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Muhamad Safuan Rahmad       –   014-8437605
Mohd Amirul Hanif Nawawi    –   013-2167179

Written by e-Wartawan MPP

11/07/2009 at 5:47 PM

Posted in Makluman

Perkhidmatan Perpustakaan USIM Bermula 7 Julai 2009

leave a comment »

BERMULA 07 JULAI 2009
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN USIM DIBUKA
DARI

8.00 PAGI – 10.00 MALAM

SABTU & AHAD
9.00 PAGI – 3.00 PETANG

HARAP MAKLUM.

Written by e-Wartawan MPP

01/07/2009 at 6:36 AM

Posted in Makluman

Pelekat Kenderaan Percuma

leave a comment »

DIMAKLUMKAN BAHAWA PELEKAT KENDERAAN BAGI SESI 2009/2010 AKAN MULA DIEDARKAN BERMULA 1 JULAI 2009 DI PEJABAT KESELAMATAN. PERMOHONAN UNTUK KALI PERTAMA ADALAH PERCUMA MANAKALA BAYARAN RM2 DIKENAKAN BAGI PERMOHONAN YANG SETERUSNYA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, TUAN/PUAN BOLEH MEMOHON DENGAN MENGGUNAKAN BORANG SEPERTI YANG DILAMPIRKAN.

TERIMA KASIH

Written by e-Wartawan MPP

01/07/2009 at 6:30 AM

Posted in Makluman