Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Pacak Reformasi Diri Demi Ketuanan Islam

with 2 comments

Dewasa ini, mahasiswa Islam merupakan ‘Sohibul Ilm’ atau golongan intelektual yang berperanan sebagai penyambung risalah Islam. Mahasiswa Islam berada dalam dimensi arus perubahan ketuanan ummah yang bertindak sebagai penentu kemudi ummah tersebut. Figura atau aktivis mahasiswa Islam mempunyai akauntabiliti membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat.

Walapun masih ada suara-suara kecil yang menyatakan mahasiswa Islam kini pasif lagi membisu, hakikatnya pergerakan dan suara lantang mereka masih lagi kedengaran.

Antara faktor keseluruhan mahasiswa hari ini pasif dan membisu adalah disebabkan kehadiran polisi akta kolej universiti dan universiti sama ada ketidakfahaman sendiri atau memang akta ini membelenggu mereka, sistem pendidikan yang berkiblatkan ‘quality of certificate’ atau ‘exam oriented’ berbanding mementingkan ‘the quality of syakhsiah’, perubahan pola kehidupan masyarakat yang asyik mengejar wahana dunia (materialistik) dan budaya hedonisme.

Diri

Seorang penyair arab pernah menyatakan, dengan mafhumnya, “tertegaknya sesuatu tamadun yang agung itu adalah disebabkan agungnya akhlak (syakhsiah) masyarakat dan apabila jatuh tersembam akhlak tersebut maka tersembam jugalah tamadun tersebut”.

Begitu banyak perkara yang menghimpit dan mempengaruhi pergerakan mahasiswa ini namun masyarakat dan kepimpinan negara masih menaruh harapan yang tinggi untuk berubah bagi memimpin negara kelak. Maka, haruslah sedaya upaya berusaha membina imej dan jati diri yang sesuai dengan ciri-ciri kepimpinan masa hadapan.

Siapa mahasiswa Islam ini? Mereka ini merupakan jaguh dan agen perubahan ditengah-tengah masyarakat  serta bertanggungjawab merealisasikan konsep ketuanan Islam (sovereignty of Islam).

Penguasaan ilmu atau thaqafah menjadi syarat terpenting. Ia mampu membantu tabang tubuh mahasiswa itu merealisaikan aplikasi teknologi terkini, manifestasi, ideologi dan pemahaman selari dengan landasan iman dan amal Islami. Tambahan, senantiasa menyemai sikap akauntabiliti terhadap sebaran ilmu kepada masyarakat diluar kampus apatah lagi madu’ dalam kampus.

muamalat

Marilah kita secara serius menterjemahkan ilmu yang sarat dengan teori kepada praktikal, interaksi dan aksi. Begitu juga sikap peka atau pedulisme terhadap isu-isu semasa. Sebagai contoh, adakah mahasiswa Islam hari ini masih terkesan dengan sejarah 1924 yang mana menamatkan era khalifah Islam yang memimpin ummah yang dikepalai oleh Mustafa Kamal Attartuk, bapa sekularisme di Turki? Masihkah engkau ingat? Oleh itu, mahasiswa Islam masa kini mestilah bersikap lebih dinamik dan fleksibel (murunah) dalam menangani qathayah ini.

Akhirnya, mahasiswa Islam perlu proaktif dan terus berusaha menggarap segala ilmu yang tersemat dalam nota, dewan kuliah atau tutorial, perpustakaan dan sebagainya. Daya menterjemah secara praktikal lagi waqii’yah ini mengharap dapat diambil manfaat oleh masyarakat. Ayuhlah, kita pacakkan reformasi dalam sanubari ke arah ketuanan ummah sejagat.

“Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang…”

Ilham lahir daripada Kertas Pembentangan di KEMUDI 2003

Advertisements

Written by e-Wartawan MPP

30/08/2009 at 5:48 PM

Posted in YDP Menulis

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. “Antara faktor keseluruhan mahasiswa hari ini pasif dan membisu adalah disebabkan kehadiran polisi akta kolej universiti dan universiti sama ada ketidakfahaman sendiri atau memang akta ini membelenggu mereka…”

    >>>Masih relevan lagikah menggunakan alasan AUKU sbg penyebab ke’pasif’an mahasiswa.. Sebelum berhujah perlu update dengan waqi’ semasa,bkn hanya taqlid alasan2 yg lapuk utk dijadikan penyedap hujah ye.

    Today, AUKU is nothing,tapi studen semakin menjadi2 kelesuannya.
    try analisa apa sebenarnya core problems utk masalah ini,then cadangkan jln penyelesaiannya yang praktikal untuk melahirkan mahasiswa2 yang lebih berjiwa besar.

    beberapa bulan berbaki tempoh kepimpinan yang ada ni, gunakan dan rancanglah sebaiknya agar kepimpinan kali ini akan mewariskan takhta dengan penuh bergaya dan memberi kesan yang cukup serius di hati semua mahasiswa.

    semoga masih lagi mampu untuk bergerak maju dan terus laju dalam memimpin kebangkitan mahasiswa islam.

    ~PRODUCING WORLD CLASS LEADERS~

    rafidahjannah

    02/09/2009 at 8:47 PM

  2. “Ayuhlah, kita pacakkan reformasi dalam sanubari ke arah ketuanan ummah sejagat…”

    >>>Mohon diperjelaskan maksud yang ingin disampaikan dari pihak MPP merujuk ayat tersebut.

    Mohon juga diperjelaskan mengenai ‘ketuanan Islam’ yang difahami dari kaca mata perspektif MPP.

    terimas.

    ~TOWARDS PRODUCING WORLD CLASS LEADERS~

    rafidahjannah

    02/09/2009 at 8:52 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: