Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Tentang MPP

PENGENALAN

Majlis Perwakilan Pelajar adalah merupakan suatu lapangan yang terbaik untuk membentuk dan mengasah bakat kepemimpinan di kalangan pelajar dalam memimpin masyarakat pelajar. Ia juga bertindak sebagai penghubung antara pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan. Justeru, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat yang terbaik serta komitmen yang tinggi terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjayakan misi dan wawasan universiti.

VISI

  • Memangkin mahasiswa holistik dan matang dalam menyahut hasrat Universiti dan mampu bersaing di arena Nasional dan Antarabangsa
  • Memangkin mahasiswa yang dinamik dan holistik beridentitikan Islam dalam menyahut hasrat Universiti dan mampu bersaing di arena Nasional dan Antarabangsa

MISI

  • Empati/Prihatin Kebajikan Mahasiswa
  • Optima Potensi Intelektual dan Pengantarabangsaan

  • Personaliti Dinamik dan Islamik

OBJEKTIF 

  • Prihatin dan mengurus kebajikan dan keselamatan Mahasiswa
  • Bertindak sebagai wadah penghubung di antara mahasiswa dan pihak Universiti
  • Memaksimumkan usaha kecemerlangan akademik dan spiritual
  • Memperkasakan urus tadbir aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kemahiran IQ, EQ danSQ

Written by e-Wartawan MPP

30/03/2009 at 1:05 PM

%d bloggers like this: