Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Archive for the ‘Aktiviti’ Category

Program Home Stay dan 17th CCEM

leave a comment »

Pada 9hb Jun 2009, 3 wakil USIM telah dihantar untuk menyertai program Homestay yang diadakan  di Kg. Sg. Rambai & 17th Conference of Commonwealth Education Ministers di KLCC. Kedua-dua program tersebut berlangsung selama 11 hari bermula 9 Jun sehingga 19 Jun 2009.

Program tersebut disertai oleh para delegasi dari negara-negara Komanwel. Antaranya dari Kenya, Le Sotho, India, Gambia, Uganda dan UK. 17th CCEM melibatkan 4 forum: Youth Forum, Teachers Forum, Vice Chancellor Forum & Stake Holder Forum.

Seramai lebih kurang 11o orang (youth forum) terlibat dalam program “Home Stay” yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka, Sekretariat Komanwel, KPT dan penduduk Kg. Sg. Rambai. Di sana, para delegasi dipecahkan kepada beberapa keluarga angkat. Melalui pemecahan ini, mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, terutama mengenai budaya masing-masing.

tarik upihandrewpara delegasi

Bermacam-macam kisah berlaku di sini…. dan pada hari ketiga, perjalanan program diteruskan ke Taman Mini Malaysia & Asean (TMMA). Pelbagai budaya yang wujud di Malaysia ditonjolkan di TMMA khas buat para delegasi.

TMMAsumpit

Pada 14hb-19hb Jun, program dijalankan di KL Convention Centre. Di situlah keempat-empat forum diadakan. Beberapa topik telah dibincangkan melalui forum-forum tersebut terutamanya mengenai sistem pengajian di negara-negara Komanwel.

Majlis Pembukaan bagi Youth Forum dirasmikan oleh Y.B Dato’ Shabery Cheek. Manakala untuk Majlis Pembukaan untuk keseluruhan 17th CCEM dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

perasmian

yb dato' ahmad shaberyShabery

Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan dengan lancar, tetapi perlu dinilai semula kerana terdapat beberapa perkara yang harus diketengahkan. Apa yang diharapkan dari program ini adalah tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berwajib di atas cadangan-cadangan yang diutarakan.

Written by e-Wartawan MPP

30/06/2009 at 5:34 AM

Posted in Aktiviti

MPP Wakil USIM Ke Bali

leave a comment »

Mei 2009 – 3 orang wakil MPP USIM telah terbang ke Bali bagi mewakili mahasiswa USIM ke satu persidangan yang penting. Mereka adalah saudari Zati Syahmeena (SUA), saudara Afiq (Exco) dan Yusuff (Exco).

Penerbangan mereka bersama wakil MPP IPT yang lain.

Pihak MPP khususnya merakamkan tahniah dan syabas atas komitmen anda disana. Pasti pengetahuan dan pengalaman menjadi buah fikir untuk dikongsi bersama di kampus tercinta nanti.

Yang penting (bukan hanya kerjasama), lebih dari itu.

Written by e-Wartawan MPP

11/06/2009 at 5:05 PM

Posted in Aktiviti

Program Taaruf Tamhidi sesi 2009/2010

leave a comment »

Sabtu (23hb Mei 09) dan Ahad (24hb Mei 09) merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar baru yang bakal mendaftarkan diri sebagai pelajar tamhidi USIM sesi 09/10.

Seramai 700 pelajar dianggarkan bakal menjadi warga USIM dalam program tersebut…
Semoga perjalanan program pada Sabtu dan Ahad ini lancar seperti yang dirancangkan….

Kami mengucapkan Selamat Datang kepada kalian semua dengan harapan moga dapat membiasakan diri dengan keadaan kampus USIM dan selamat berjuang..

Written by e-Wartawan MPP

22/05/2009 at 9:45 AM

Posted in Aktiviti

Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Kali ke-3

with 2 comments

Bermula pada 15hb Mei 2009 lepas, satu majlis konvensyen telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Konvensyen kali ke-3 tersebut merupakan anjuran UTHM & Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor (HEPA) IPTA, dengan kerjasama KPT.

Ia dilihat sebagai satu medium penting bagi mewujudkan jaringan pemimpin-pemimpin pelajar di seluruh Malaysia bagi bertemu dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu terutamanya yang meliputi kepimpinan, pengurusan dan kebajikan pelajar.

Ia berlangsung selama 5 hari 5 malam, dengan menyediakan beberapa slot yang agak tidak terlalu padat.

 

HARI PERTAMA (15 MEI 2009/JUMAAT)

konvensyen

Kami bertolak dari Kolej Kediaman pada pukul 9.45pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih untuk sampai 

ke UTHM. Setibanya kami di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (di UTHM) pada pukul 1.30 ptg, kami diminta untuk mendaftarkan diri dan dijamu dengan hidangan tghhari.

Slot pertama bermula dengan ucapan aluan oleh Prof. Ir. Dr. Amir Hashim b. Mohd Kassim, selaku TNC HEPA UTHM, pada pukul 3.30 ptg. Pd sebelah petangnya diisi dengan acara rekreasi dan bebas.

senamsepak

Sesi bersama KPT pula dimulakan pada jam 2045 di dewan utama UTHM. Sebelum sesi itu dimulakan, wakil dari Dale Carnegie Training Malaysia telah mengambil sedikit ruang bagi menyampaikan motivasi untuk mahasiswa. Mereka menenkankan tentang beberapa skill yang perlu ada bagi setiap individu, lebih-lebih lagi buat mahasiswa. 

Lebih lanjut mengenai Dale Carnegie Training : http://www.malaysia.dalecarnegie.com/about_us.jsp

mkn sblum g dewan utamaakalamakan

 

Read the rest of this entry »

Written by e-Wartawan MPP

19/05/2009 at 4:23 PM

Posted in Aktiviti

Team Building MPP USIM 08/09

leave a comment »

Beberapa hari sahaja selepas berakhirnya musim final exam ataupun dikenali sebagai musim study ‘luarbiasa’, Majlis Perwakilan Pelajar USIM telah menganjurkan satu program Team Building MPP USIM sesi 08/09 yang diadakan di Kem Lambaian Danau, Kg. Chinchin, Jasin, Melaka….pada 8 – 10 Mei 2009.

Program tersebut disertai oleh seramai 73 orang yang terdiri daripada Ahli MPP dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPP. Pelbagai nilai-nilai murni telah diterapkan kepada peserta-peserta program. Antaranya konsep bekerjasama dan kerja berpasukan yang padu dalam memacu ke arah kejayaan dalam sesebuah organisasi.

Dalam program itu, setiap peserta terpaksa melalui “Mudway Lagoon” yang memberi peluang untuk merasai kesedapan “Cappucino” dan beberapa lagi aktiviti lain seperti lori ikan, tepi tepi tepi, gajah kelapa monyet, mafia & orang kampung, OTOS, jaring elektrik dan najibSay, namun ia memberi kesan yang baik dan meninggalkan memori yang indah buat semua. InsyaALLAH…

Hidangan untuk santapan rohani juga telah disediakan bagi mengingatkan diri agar tidak terlupa tentang keberadaan kita di muka bumi yang mana nikmatnya hanya dipinjamkan untuk kita buat sementara.

Amat diharapkan agar segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan ketika program tersebut bukan hanya didengar, tapi dipraktik & diamalkan dalam gerak kerja kita dan kehidupan seharian.

Wallahua’lam….

Written by e-Wartawan MPP

13/05/2009 at 11:28 PM

Posted in Aktiviti

TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MESRA PELAJAR

leave a comment »

http://www.usim.edu.my

Pada 7 Mei 2009, warga USIM telah menerima lawatan kerja dari YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang kini memegang Portfolio Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran beliau disambut meriah oleh warga USIM terutamanya para mahasiswa.

Tujuan lawatan beliau ke USIM adalah untuk beramah mesra bersama mahasiswa USIM di samping meningkatkan kemesraan dan perkongsian maklumat di antara mahasiswa dan pihak pentadbir.

Dalam sesi ramah mesra YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah menekankan bahawa betapa perlunya masyarakat mengiktiraf mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan dan masa kini.

“Kita perlu mengiktiraf dan menerima hakikat bahawa mahasiswa adalah pemimpin hari ini yang boleh dikenali dalam tiga keadaan iaitu Pemimpin kepada angkatan yang lebih muda daripadanya, Pemimpin kepada mereka yang seangkatan dengannya dan sebagai Rakan Kepimpinan kepada Kerajaan”, kata beliau.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin. Dalam ucapannya beliau turut menekankan betapa pentingnya peranan mahasiswa dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi.

“Mahasiswa adalah sebahagian dari universiti. Jilkalau salah satu daripada tiga elemen kurang iaitu Pentadbir, Akademia dan Pelajar, maka akan tempanglah sesebuah universiti itu”, tambah beliau.

Memetik dari ucapan Perdana Menteri Malaysia, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, beliau turut menambah “Kualiti mesti dimartabatkan”.

Turut diselitkan penyampaian sijil Bengkel Penulisan Kreatif kepada mahasiswa USIM dan pembentangan lirik yang bertemakan “One Malaysia” nukilan kreatif mahasiswa USIM.

Terdapat satu sesi di mana Naib Canselor USIM telah mengarahkan semua kakitangan USIM untuk meninggalkan dewan bagi memberi peluang kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia untuk bersama para mahasiswa atau dibahasakan oleh Naib Canselor sebagai ‘adik-adiknya’. Ketika sesi itu, para mahasiswa dapat berdialog secara terus dengan YB. Dato’ Saifuddin Abdullah

Written by e-Wartawan MPP

12/05/2009 at 1:24 AM

Posted in Aktiviti

Review Majlis Ramah Mesra di Kolej-kolej Kediaman

leave a comment »

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kejayaan Majlis Perwakilan Pelajar menyempurnakan Majlis Ramah Mesra di semua kolej kediaman pelajar USIM.

Written by e-Wartawan MPP

02/04/2009 at 11:07 AM

Posted in Aktiviti