Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Archive for the ‘e-Wartawan’ Category

Kebakaran Kediaman Keluarga Safuan Rahmad

leave a comment »

Pada 14 Ogos (23 Syaaban 1430) lalu, rumah kediaman Safuan Rahmad (Exco Keusahawanan & Kerjaya) sekeluarga musnah akibat kebakaran. Kejadian tersebut berpunca dari sambaran kilat. Menurut ibunya, tiada apa alatan atau barangan yang dapat diselamatkan daripada kebakaran yang terjadi pada waktu petang itu. Mereka sekeluarga amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Saudara Safuan, bolehlah berhubung terus dengan beliau atau mana-mana wakil mpp. Bersamalah kita menderma kepada yang memerlukan, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Dari Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah) .

Written by e-Wartawan MPP

30/08/2009 at 2:22 AM

Posted in e-Wartawan

Info

leave a comment »

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Blog ini akan diselia oleh Exco Publisiti dan Multimedia MPP USIM, sebagai satu inisiatif ruangan maya info untuk maklumat warga kampus.

Sebarang makluman, cadangan artikal, tulisan idea anda dan apa-apa sahaja yang membina dialu-alukan untuk dipaparkan dihalaman blog, amnya bagi warga kampus USIM dan khususnya bagi barisan Exco MPP USIM.

Dengan ini, kewujudan e-Wartawan MPP sebagai admin dalam blog juga dimaklumkan untuk pengetahuan semua.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

e-Wartawan MPP

Written by e-Wartawan MPP

11/06/2009 at 6:05 PM

Posted in e-Wartawan

Cadangan Penambahbaikan Buat Penghuni di KKC

leave a comment »

600px-Under_contruction_icon-yellow_svgJun 2009 – MPP Melawat Kolej Kediaman Cempaka. YDP bersama rakan Exco telah melakukan lawatan mengejut ke Kolej Kediaman Baharu di Cempaka. Hasil daripada lawatan ringkas tersebut, pihak ada mencadang beberapa penambaikan material disana. Cadangan tersebut telah disampaikan kepada pihak bertanggungjawab khusus Unit Penginapan dan Perkhidmatan Pelajar (U3P), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM.

Ikuti kandungan cadangan penambahbaikan tersebut.

Assalamua’laikum.

Dimaklumkan bahawa saya dan sebahagian Exco MPP telah mengadakan lawatan ke Kolej Kediaman Cempaka pada 8 hb Jun 2009 (semalam). Tahniah diucapkan di atas penempatan baru tersebut.

Sehubungan itu, pihak kami mendapati ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian segera bagi menjaga kemaslahatan bersama dikalangan mahasiswa USIM disana. Diantaraanya:

1. Baik pulih keadaan lampu yang berada di koridor kerana kebanyakan kawasan koridor yang didiami oleh mahasiswa USIM malap dan gelap. Ini juga membahayakan keselamatan mahasiswa.

2. Baik pulih ruangan meletak kenderaan persendirian mahasiswa dan post kawalan pengawal keselamatan.

3. Melihat semula fasiliti atau kemudahan asas unit kediaman. Ini kerana hasil pertemuan ringkas bersama mahasiswa disana menyatakan ada beberapa unit kediaman yang menghadapai kekurangan dan kerosakan seperti pintu kaca tidak berfungsi baik, mangga grill dan lain-lain.

4. Beri perhatian mengenai kebersihan sekeliling unit kediaman.

Pihak kami juga dimaklumi bahawa bangunan atau kawasan tersebut merupakan hak milik BBN. Kami harap pihak USIM khususnya Unit Penginapan dan Perkhidmatan Pelajar dapat mengambil inisiatif segera sama ada berbincang bersama BBN atau sebaliknya bagi menyelesaikan perkara berbangkit ini.

Segala kerjasama dan usaha pihak Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Muhammad Alif Bin Ismail
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Written by e-Wartawan MPP

11/06/2009 at 6:00 PM

Posted in e-Wartawan

C-Fest Ketujuh dan KarSis: Sajian Baharu MPP

leave a comment »

Bismillah.

C-Fest Ketujuh mengagumkan

Sekadar Hiasan

Sekadar Hiasan

Majlis Konvokesyen Ketujuh USIM bakal diadakan di PICC, Putrajaya pada 1 Ogos 2009. Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan senior kerana telah berjaya mengharungi ranjau, pahit dan manis di alam kampus. Kami MPP, mendoakan anda semua berjaya dan sentiasa diberkati Allah SWT.

Sesungguhnya. amalan baik anda menjadi tauladan buat kami disini.

Justeru, MPP seperti biasa dan rutinnya akan bersedia mengadakan satu keraian iaitu C-Fest (Convocation Festival) bagi mengisyaratkan bahawa kami dikampus turut gembira dan bersama meraikan kejayaan anda.

Alhamdulillah, segala perancangan dalam perjalanan. Kebanyakkan jawatankuasa C-Fest kali tidak balik cuti bagi memastikan kejayaan C-Fest kali ini.

Tahniah buat team atau crew yang dipimpin saudara Safuan (Exco Usahawan dan Kerjaya MPP USIM) dan rakan-rakan. Kami sentiasa membantu!

KarSis, Menu Baharu Daripada ‘Chef MPP’

Untuk suatu hidangan baharu buat semua warga kampus USIM, MPP telah merangka satu kejutan iaitu KarSis (Karnival Mahasiswa) yang mana akan melibatkan segala aspek seperti kebudayaan, akademik, persatuan dan lain-lain sebagai modul dalam menjayakan KarSis buat pertama kali ini.

Syukur juga, kertas kerja dan perancangan telah pun dirangka dengan memastikan kerangka persembahan KarSis buat kali pertama ini memastikan sajian hidangan jiwa dan jasmani yang bermakna.

Kami mendoakan usaha, kekuatan dan iltizam saudara Najib selaku ketua dalam memastikan kejayaan KaSis ini bersama anak buah yang beliau begitu kagumi. Syabas Najib!

Akhirnya, daripada wartawan MPP mengucapkan selamat berjaya atas semua perancangan ini. Moga-moga perancangan ini selari dengan kehendak-Nya dan sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada industri kemahasiswa di kampus tercinta, USIM.

Moga maju jaya!

Written by e-Wartawan MPP

11/06/2009 at 5:38 PM

Posted in e-Wartawan