Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Archive for the ‘MPP USIM’ Category

Minda Pragmatis: Pandang Sisi Ustaz Muda

leave a comment »

Salam Pragmatis buat semua pembaca.

Kita renungkan seketika firman Allah Ta’la yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri”.

Mendepani cabaran semasa dan mendatang, mahasiswa merupakan agen perubahan dalam memacu pembangunan sesebuah negara yang bercorak lebih metamorfosis. Mahasiswa perlu mencipta krisis demi mencipta keunggulan yang bersifat radical change. Rentak politik yang semakin menuju ke arah kematangan ini perlu dijadikan ruang kepada mahasiswa untuk mengorak langkah.

Pemikiran dan ideolagi mahasiswa tidak lagi boleh disekat oleh mana-mana pihak jika ingin melahirkan pemimpin yang benar-benar berjiwa besar dan mampu memimpin pembangunan negara.

Konsep demokrasi perlu diadaptasikan dalam konteks yang meluas. Sikap prejudis sesetengah pihak menyebabkan mahasiswa mengalami kelesuan minda dan tindakan. Jika ini berterusan,masalah yang timbul adalah kebejatan masalah kepimpinan dalam tempoh yang mendatang.

Saya tertarik dengan kata-kata Suharto “jika diberikan 10 pemuda, saya yakin saya mampu menggegarkan dunia”. Golongan muda hari ini perlu mencipta sejarah dan merancang apa yang perlu diadaptasikan untuk tempoh 10-20 tahun yang akan datang.

Virus moral dan pemikiran ini perlu dilupuskan dalam diri mahasiswa! Mahasiswa perlu hadamkan kefahaman mengenai ideologi pemikiran yang ingin dibawa,seandainya ingin melihat pempentukan minda yang prakmatis ini terlaksana.

Oleh:

NYDP 1 MPP USIM (Edited by admin)

Advertisements

Written by e-Wartawan MPP

11/06/2009 at 4:57 PM

Posted in MPP USIM

Simbiosiswa: Pandangan SUA

leave a comment »

Manusia mewujudkan Istilah untuk mewajarkan tindakan.

Simbiosis.

Agak lama tak guna istilah sains ini. Simbiosis bermaksud interaksi antara dua organisma yang hidup berdampingan. Kalau kita rujuk kepada Wikipedia Simbiosis ada 3 kategori:

  • Simbiosis Prasitisme di mana pihak yang satu mendapat keuntungan dan merugikan pihak lainnya. Contoh: tanaman benalu dengan inangnya,tali putri dan inangnya;
  • Simbiosis Mutualisme di mana kedua pihak saling menguntungkan/mendapatkan keuntungan satu sama lain. Contoh: burung jalak dengan kerbau,kupu-kupu dan bunga,ikan remora dengan ikan hiu;
  • Simbiosis Komensalisme di mana pihak yang satu mendapat keuntungan tapi pihak lainnya tidak dirugikan. Contoh: ikan badut dengan anemon laut,tumbuhan pakis atau anggrek dan tumbuhan inangnya.
  • So, Simbiosiswa ini bergantung kepada definisi yang interpreting oleh setiap individu. Masa penulis ditanya tentang simbiosiswa ini, terbayang interaksi yang wujud antara mahasiswa di mana membawa faedah kepada mahasiswa yang lain. Di mana, mahasiswa ini menjadi sebuah entiti yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat amnya dan Universiti amnya.

    Terfikir sejenak.

    Sejauhmana sumbangan yang telah penulis sumbangkan kepada orang lain, tak kiralah samaada dari segi akedamik, sosial dan lain-lain.

    Koreksi diri ini.

    When we mentioned about contribution to others, la budda bi ilmi. Allah Taala telah berfirman yang bermaksud “Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. Terkena sungguh dengan abah bila penulis tanya tentang Influenza A yang dikenali sebagai Swine Flu atau H1N1. Sebenarnya, sudah menjadi kebiasaan on the way pergi kerje dalam kereta abah ada short tazkirah or discussion. He said: “You as a student in tertiary level shouldn’t ask me that kind of question. You have 24 hours internet connection but u still ask me?.” Itulah respon yang abah jawab bila tanya tentang bagaimana virus ini tersebar. Mujur dia jawab juga. Bukan tak mencari tapi tak terfikir nak cari.

    Nak ceritanya di sini, sebagai seorang mahasiswa kita bukan lagi level menunggu untuk mendapat ilmu tetapi do some research to have some knowledges. Abah kata, kalau kita tengok zaman arwah ‘tok bak’ dulu even zaman dulu x sekolah sampai universiti pun tapi ada contribution yang orang ingat sampai sekarang because the way he think, act etc. So, kita sebagai mahasiswa yang mempunyai atau bakal mempunyai segulung ijazah hendaklah mengangkat darjat orang yang berilmu bersesuaian dengan ilmu yang dituntut.

    Yang penting, Allah tidak menilai sesuatu berdasarkan hasilnya sahaja tetapi Allah memandang kepada usaha seseorang dalam mencapai sesuatu matlamat itu. Gunakanlah se’optimum’ mungkin ilmu yang kita ada untuk disumbangkan kepada orang lain untuk wujudkan simbiosiswa ini.

    Ini pendapat penulis yang masih lagi merangkak untuk memajukan diri. Anda bagaimana? Fikir-fikirkanlah.

    Oleh:

    SUA MPP USIM (Edited by admin)

    Written by e-Wartawan MPP

    11/06/2009 at 4:51 PM

    Posted in MPP USIM