Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Archive for the ‘Tazkirah’ Category

Tidak Mudah Memperjuangkan Islam

leave a comment »

perjuangan

Engkau kata hendak mencari keredhaan Tuhan,
Engkau mengaku hendak menegakkan syariatNya,

Tapi bila diuji tidak sabar dan tidak tahan,
Ketentuan Tuhan tidak pula redha menerimaNya…

Engkau berkata hendak memperjuangkan hak Tuhan,
Tapi setiap kerja yang engkau buat minta pujian,

Memang pujian itulah yang engkau cita-citakan,
Pujian itulah sebenarnya perjuangan engkau…

Engkau bercerita hendak membuat kerja-kerja Tuhan,
Tapi dapat nikmat tidak diagih-agih,

Di mana syukurnya engkau kepada Tuhan,
Dapat nikmat lupa kawan…

Engkau mengaku hendak memperjuangkan Islam,
Tapi bercakap mengata dan mengumpat orang,

Sepatutnya engkau perjuangkan kasih sayang,
Kenyataannya engkau memecahkan perpaduan,

Sahabat! Bercakap mudah, mengotakan susah,
Menyebutkan senang, mengamalkan dalam kehidupan payah,

Sedarlah, insaflah teman,
Memperjuangkan Islam tidak semudah yang dicakapkan…

perjuangan_islam

Advertisements

Written by e-Wartawan MPP

23/07/2009 at 3:26 AM

Posted in Tazkirah

Doa Rabithah: Muhasabah Bersama

leave a comment »

kartunYa Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu.

Hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Mu (yang benar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak akan malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah (pengetahuan sebenar) tentang-Mu.

(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai Syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami ini. Amiin.

Written by e-Wartawan MPP

11/06/2009 at 11:06 PM

Posted in Tazkirah

Ahli sunnah larang ithbat tempat bagi Allah

leave a comment »

SOALAN:

Sekiranya ada seseorang bukan muslim bertanyakan saya di manakah Allah, apakah jawapan yang sesuai yang saya harus berikan kepada beliau?

JAWAPAN:

Ustaz nukilkan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Read the rest of this entry »

Written by e-Wartawan MPP

11/06/2009 at 5:25 PM

Posted in Tazkirah

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH…

with 2 comments

Mesti korang pernah dengar…

keldai
Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang keldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai. Ada di antara mereka berkata “Ini kes aniaya. Keldai tu dah le kecik. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Takde peri kemanusiaan langsung”.  

Si bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai. Si bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orang ramai. Sekali lagi ada yang komen, “Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai. Bapaknya dibiarkan berjalan kaki.”  

Si anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan “Bapa takde otak, dia sedap naik keldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan.”  

Mendengar komen itu, si bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Keldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen “Apalah bodohnya orang tua ni. Ada keldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa keldai!”  

Mendengar kata-kata ini, si bapa pun memberitahu anaknya. “Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka..”  

Written by e-Wartawan MPP

23/05/2009 at 4:06 PM

Posted in Tazkirah

RIAK jadikan amalan seperti debu berterbangan

leave a comment »

riak

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.    

 
Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud ”Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan “Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah.”

Dibawakan hadis ini kerana terdapat segelintir daripada kita yang berasa hebat dan bangga sehingga mengecil-ngecilkan orang lain disebabkan dia dapat menguruskan sesuatu program/majlis atau sebagainya dengan baik berbanding orang lain. Secara umumnya, ini ditujukan untuk semua moga dapat menjadi ingatan diri. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita sebelum kita dihisab kelak. Wallahua’lam….

 

Written by e-Wartawan MPP

23/05/2009 at 3:34 PM

Posted in Tazkirah

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA….

leave a comment »

balik kgMusim cuti sudah bermula,dan musim peperiksaan sudah berakhir.
Semoga dengan kepulangan saudara dan saudari akan mengubat rindu kedua ibu bapa dan sanak saudara yang telah sekian lama merindui kalian.
Jadikanlah cuti ini sebagai peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa setelah sekian lama tidak menjenguk mereka.

Dan bagi mereka yang mempunyai agenda lain seperti program, kursus dan sebagainya, diharapkan agar program yang dijalankan akan berjalan dengan lancar. Jadikanlah program yang kita jalankan itu membawa manfaat kepada diri kita dan diri orang lain yang mengikuti program yang dijalankan. InsyaALLAH….

Musim cuti ini bakal berakhir dan digantikan dengan musim semester baru yang juga akan berakhir dengan musim peperiksaan dan seterusnya.
Inilah hidup seorang pelajar hinggalah menggapai segulung ijazah.
Tapi…musim pperiksaan belum berakhir lagi selepas itu…..belum berakhir….
Mungkin bukan secara ‘formal’ tetapi ‘periksa’ dan ‘ujian’ dari kehidupan sebenar pula. Dan cabaran ini lebih hebat, kerana menentukan GAGAL dan BERJAYA dalam hidup, dalam lingkungan masyarakat.

Dan musim exam kali ini yang berakhir memperlihatkan dengan pelbagai reaksi dari rakan-rakan. Ada yang gembira, ada yang sedih, tidak kurang juga ada yang tidak rasa apa-apa…
Bagi mereka yang benar-benar berusaha dan tidak berjaya, tidak mengapa. Yakinilah ALLAH. Hidup bukan di sini sahaja, dan DIA maha mengetahui apa yg terbaik untuk kita.

Semua orang mahu berjaya, tapi bukan semua yang mahu berjaya betul-betul mahu berusaha.

Dan musim cuti yang bermula ini, apa salahnya dibelek-belek buku2 atau apa2 bahan bacaan yang perlu. Musim cuti bukan bermakna berhenti dan bercuti dari membaca, tetapi bermakna adalah musim untuk bersedia, bersedia untuk menghadapi semester yang seterusnya.

Dan bila semester baru dibuka, sebelum rasa sengsara dan tekanan membaca ketika masa periksa apa lah salahnya jika masa hujung minggu itu, digunakan untuk membaca dan membuat nota-nota. Bukankah antara ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang meninggalkan perkara sia-sia?

Dan ALLAH menciptakan makhluknya bukanlah sekadar untuk bermain-main.
***

Ayuh kawan-kawan,
jangan terpedaya dengan warna dan haruman musim bunga,
kerana kau harus mengutip bekalan
untuk musim dingin,
Agar nanti bila angin kencang bertiup
kau dapat berdiri teguh merentang angin.

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

Surah Muhammad, 47:36.

Wallahua’lam…

Written by e-Wartawan MPP

07/05/2009 at 4:07 PM

Posted in Tazkirah

Musim ‘Final Exam’

leave a comment »

exam3Bila tiba sahaja musim yang sebegini, pasti sesuatu yang pelik akan berlaku. Pebagai perkara yang dikatakan sebagai tak masuk akal. Biasanya, perkara sebegini memang jarang dapat dilihat kalau bukan tibanya musim FINAL EXAM. Studi pun dah jadi tak macam biasa…erm..

Ada yang akan lupa untuk makan atau makan ala kadar je. Kalau tidur pun tidur-tidur ayam sahaja, dan macam-macam lagi la. Pendek kata, kekuatan seseorang untuk menelaah pelajaran akan hadir bila tiba sahaja musim FINAL EXAM, berbeza daripada waktu kelas atau waktu kuliah sebelumnya.

Tapi satu yang menarik perhatian ialah, bila tiba sahaja musim sebegini, ramailah yang akan dengan sendirinya mendekatkan diri kepada ALLAH.. iaitu sentiasa sembahyang dan berdoa lebih dari biasa. Orang yang sebelum ini memang jarang dapat dilihat untuk solat, apatah lagi ke masjid, secara tiba-tiba sahaja diberi kekuatan untuk membuat semua itu. Bukan hendak menghina, tapi apa salahnya jika kita sentiasa beribadah bukan sahaja bila tibanya waktu FINAL EXAM… 🙂 sekadar renungan bersama… 🙂

Written by e-Wartawan MPP

01/05/2009 at 8:04 PM

Posted in Tazkirah