Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Sains Islam Malaysia

Motivasi, Profesional, Perubahan

Pelekat Kenderaan Percuma

leave a comment »

DIMAKLUMKAN BAHAWA PELEKAT KENDERAAN BAGI SESI 2009/2010 AKAN MULA DIEDARKAN BERMULA 1 JULAI 2009 DI PEJABAT KESELAMATAN. PERMOHONAN UNTUK KALI PERTAMA ADALAH PERCUMA MANAKALA BAYARAN RM2 DIKENAKAN BAGI PERMOHONAN YANG SETERUSNYA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, TUAN/PUAN BOLEH MEMOHON DENGAN MENGGUNAKAN BORANG SEPERTI YANG DILAMPIRKAN.

TERIMA KASIH

Written by e-Wartawan MPP

01/07/2009 at 6:30 AM

Posted in Makluman

Program Home Stay dan 17th CCEM

leave a comment »

Pada 9hb Jun 2009, 3 wakil USIM telah dihantar untuk menyertai program Homestay yang diadakan  di Kg. Sg. Rambai & 17th Conference of Commonwealth Education Ministers di KLCC. Kedua-dua program tersebut berlangsung selama 11 hari bermula 9 Jun sehingga 19 Jun 2009.

Program tersebut disertai oleh para delegasi dari negara-negara Komanwel. Antaranya dari Kenya, Le Sotho, India, Gambia, Uganda dan UK. 17th CCEM melibatkan 4 forum: Youth Forum, Teachers Forum, Vice Chancellor Forum & Stake Holder Forum.

Seramai lebih kurang 11o orang (youth forum) terlibat dalam program “Home Stay” yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka, Sekretariat Komanwel, KPT dan penduduk Kg. Sg. Rambai. Di sana, para delegasi dipecahkan kepada beberapa keluarga angkat. Melalui pemecahan ini, mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, terutama mengenai budaya masing-masing.

tarik upihandrewpara delegasi

Bermacam-macam kisah berlaku di sini…. dan pada hari ketiga, perjalanan program diteruskan ke Taman Mini Malaysia & Asean (TMMA). Pelbagai budaya yang wujud di Malaysia ditonjolkan di TMMA khas buat para delegasi.

TMMAsumpit

Pada 14hb-19hb Jun, program dijalankan di KL Convention Centre. Di situlah keempat-empat forum diadakan. Beberapa topik telah dibincangkan melalui forum-forum tersebut terutamanya mengenai sistem pengajian di negara-negara Komanwel.

Majlis Pembukaan bagi Youth Forum dirasmikan oleh Y.B Dato’ Shabery Cheek. Manakala untuk Majlis Pembukaan untuk keseluruhan 17th CCEM dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

perasmian

yb dato' ahmad shaberyShabery

Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan dengan lancar, tetapi perlu dinilai semula kerana terdapat beberapa perkara yang harus diketengahkan. Apa yang diharapkan dari program ini adalah tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berwajib di atas cadangan-cadangan yang diutarakan.

Written by e-Wartawan MPP

30/06/2009 at 5:34 AM

Posted in Aktiviti

Apa Komen Anda?

with one comment

Bismillah.

Hari ini pelbagai isu dapat kita lihat didada-dada akhbar. Di kesempatan ini, marilah sama-sama kita adakan perbincangan maya melalui ‘maya’ ini.

Antara isu yang sedang berlaku dan saya kira perlu pandangan daripada golongan cendiakawan di kampus iaitu MAHASISWA.

Cadangan penetapan 10 subjek untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan subjek Bahasa Inggeris syarat lulus untuk mendapatkan SPM.

Apa komen anda?

Written by e-Wartawan MPP

15/06/2009 at 2:05 AM

Posted in Soal Selidik

Almarhum Sheikh Dr. Fathi Yakan

with one comment

Almarhum Sheikh Dr. Fathi Yakan

Almarhum Sheikh Dr. Fathi Yakan

Bismillah.

Almarhum Sheikh Dr. Fathi Yakan telah kembali kerahmatullah pada usia 76 tahun. Kehilangan seorang tokoh Islam memang dirasai seluruh pelusuk manusia di alam ini. Almarhum telah kembali kerahmatullah tepat pada Jun 2009.

Diantara penulisan kitab beliau yang tersohor “Apa Ertinya Saya Menganuti Islam”. Cukup berbisa mata pena tulisannya di dalam karangan ulungnya ini.

Semoga jasad dan rohnya berada disisi mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Al-fatihah.

Written by e-Wartawan MPP

14/06/2009 at 5:10 PM

Posted in Siri Tokoh

C-Fest Ketujuh: Anjuran Bersama Dua Exco MPP

with one comment

Bismillah.

Tahniah kami ucapkan kepada warga kerja C-Fest Ketujuh USIM kali ini. Sesungguhnya, warga kampus tidak sabar menunggu kelainan yang bakal disajikan nanti.

Penganjuran bersama antara dua Exco MPP iaitu Exco Keusahawanan dan Kerjaya dan Exco Sukan dan Rekreasi MPP Sesi 2008/2009 USIM.

Makluman awal untuk semua, C-Fest kali ini bakal diadakan pada Julai 2009. Bermula pada 29 Julai 2009 dan akan berlangsung selama seminggu di kampus utama, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Ini bertepatan merai secara bersama Majlis Konvokesyen Ketujuh USIM yang bakal diadakan pada 1 Ogos 2009 nanti.

Informasi bagi pengunjung dan sesiapa yang ingin bersama seperti membuka gerai jualan, bolehlah hubungi saudara Safuan Rahmad selaku Pengarah C-Fest Ketujuh USIM kali ini ditalian 06-798 6117 (kalau tidak silap) atau boleh berhubung melalui email yang tertera dalam blog ini (disebelah kanan).

Akhirnya, kehadiran C-Fest kali ini menunjukkan komitmen dan rasa bangga jawatankuasa atas kejayaan ‘abang dan kakak’ kami. Moga terus berjaya kelak.

Written by e-Wartawan MPP

14/06/2009 at 4:48 PM

Posted in Makluman

Palestin terus lahirkan mujahid

leave a comment »

IMAM Hasan Al-Banna, seorang tokoh dan pejuang Islam sejati berkata: Pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera dengan kemajuan melimpah ruah akan lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib agama dan bangsanya.

Namun, pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang berjuang kerana agama dan bangsanya sedang dijajah, akan berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak, khazanah serta kebebasan mereka yang telah dirampas dan dinafikan.

“Bagaimanapun, gagasan akan berjaya jika wujud empat asas iaitu keimanan dari hati yang bersih, keikhlasan dari jiwa yang suci, semangat dari keinginan yang kuat dan usaha melalui keazaman yang membara. Semua itu ada pada orang muda.”

Sebab itu kata mujahid agung itu, kewajipan, tanggungjawab dan amanah ke atas orang muda terlalu banyak dan berat. (kitab Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna – edisi Bahasa Melayu).

Islam yang sangat menitikberatkan keharmonian ummah dengan mengajak serta menyuruh kepada hidup bermuafakat dan kesepakatan dengan saling berbaik sangka serta tolong menolong perlu dijadikan asas kehidupan dan perjuangan.

Namun keadaan kini semakin tidak keruan, ummah sering mengadu domba sesama sendiri dengan pelbagai fitnah demi menjayakan survival kenafsuan diri dan minoriti dari ummah sejagat.

“Fitnah merupakan senjata dan musuh yang paling bahaya dan dahsyat bagi manusia dan Islam menjadi sasaran fitnah paling hebat kini,” kata mantan khatib Masjid Al-Aqsa di Palestin, Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam.

Read the rest of this entry »

Written by e-Wartawan MPP

12/06/2009 at 7:24 AM

Posted in Artikal Pilihan

Salam FM: Identiti Islam dan Bahasa Malaysia

with 2 comments

JAMIL KHIR BAHAROMMENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Senator Datuk Jamil Khir Baharom ketika pelancaran Radio Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ‘SalamFM’ sempena Konvensyen Pendakwah Negara 2009 di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz (dua, kanan) dan Pengarah Urusan Rancangan Radio RTM Norliza Mohd Ali. Radio Malaysia JAKIM ‘SalamFM’ boleh diikuti di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang bermula 1.00 pagi hingga 8.00 pagi dengan mengetengahkan pelbagai bentuk dan konsep berteraskan Islam dalam Bahasa Malaysia untuk tatapan pendengar. – Foto Bernama

Written by e-Wartawan MPP

12/06/2009 at 3:27 AM

Posted in Makluman